Penulis terkenal Tom Clancy meninggal dunia
AFP
Oktober 3, 2013 09:00 MYT
Oktober 3, 2013 09:00 MYT
Penulis Amerika Syarikat Tom Clancy, yang terkenal dengan novel-novel dalam genre ‘Thriller’ dan menjadi inspirasi kepada beberapa filem Hollywood, telah meninggal dunia pada Rabu, menurut laporan media Amerika. Dia meninggal dunia pada usia 66 tahun.
Antara novelnya yang popular dan mendapat sambutan adalah "The Hunt for Red October," "Patriot Games" dan "Clear and Present Danger."
Akhbar The Baltimore Sun dipetik berkata Clancy, yang berasal dari Maryland, meninggal “selepas mengalami kesakitan” di hospital Johns Hopkins. The New York Times turut memetik kenyataan penerbit beliau mengenai pemergiannya..
Novel-novel Clancy sering menggunakan tema era Perang Dingin dan impaknya terhadap dunia.
“Perbezaan diantara fiksyen dan realiti adalah fiksyen harus masuk akal,” beliau pernah berkata.
Beliau juga pernah meminjamkan namanya kepada beberapa permainan video seperti “Tom Clancy’s Splinter Cell: Blacklist” yang dilancarkan oleh Ubisoft pada bulan Ogos.
Beliau adalah penyokong setia parti Republikan dan juga pemilik bersama pasukan baseball Baltimore Orioles.