Penulis lirik dan wartawan hiburan lagenda, Juwie selamat dikebumi
Astro Awani
April 4, 2015 13:06 MYT
April 4, 2015 13:06 MYT
Jenazah penulis lirik dan wartawan hiburan veteran, Abdul Jalil Salleh, 62 selamat dikebumikan kira-kira jam 10.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru, Selangor.
Terdahulu, solat jenazah disempurnakan di Surau Al Tarbiah Darul Falah sekitar jam 10.15 pagi.
Abdul Jalil yang popular dengan panggilan (Mama) Juwie meninggal dunia kira-kira jam 10.41 malam Jumaat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas menghidap kanser prostat dan beberapa komplikasi lain.
Juwie yang berasal dari Singapura merupakan anak keenam daripada lapan beradik dan pernah menulis lirik lagu popular era 80-an.
Antara lagu terkemuka hasil nukilan Juwie adalah 'Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hati Mu', 'Cinta Hanyut Di Lautan Sepi' dan 'Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu'.