2015 pasti menjadi tahun yang dinanti-nantikan buat peminat seni pentas tanah air dengan Istana Budaya bakal membawa kelainan pada tahun ini sempena Tahun Festival Malaysia (MyFest 2015).
Antara pementasan yang bakal menarik perhatian ramai tahun ini termasuk konsert penyatuan semula daripada pementasan Puteri Gunung Ledang, muzikal dari filem popular Rock Oo!, teater Kena Main arahan seniman Khalid Salleh, dan dramatari popular Indonesia Matah Ati.
Turut bakal menjadi sebutan ramai adalah sebuah muzikal yang diangkat daripada kisah hidup penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan sebuah karya terbaru terbitan Enfiniti Vision Media yang berjudul Spirit of the Lotus.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, pengaturan jadual-jadual persembahan di Istana Budaya lebih mengikut tema perayaan-perayaan utama.
“Pada awal tahun ini, kita telah pun membuka tirai pentas Istana Budaya dengan Muzikal Tahajjud Cinta – Sirah Rasulullah sempena Maulidur Rasul.
"Selepas itu, sebuah muzikal cina, Guan Yin Pusa pula diadakan sempena Tahun Baru Cina pada Februari nanti,” kata Juhari ketika ditemui Astro AWANI selepas Pelancaran Program Istana Budaya 2015.
Tambah beliau, sebagai langkah untuk lebih mengharmonikan hubungan Malaysia – China ekoran tragedi MH370, Istana Budaya berhasrat untuk mengangkat tiga produksi besar dari China sebagai menyokong hubungan diplomasi antara kedua-dua negara tersebut yang telah terjalin sejak 40 tahun lampau.
Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika berucap semasa pelancaran tersebut mengumumkan Konsert Teaterikal Suara Kita yang menggabungkan tiga artis ternama negara, Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain meraih kutipan tertinggi sebanyak RM1.2 juta lantas menjadi konsert terlaris pada tahun lalu.
“Konsert Search Live in Istana Budaya 2014 juga berjaya mengutip RM1 juta dan ini merupakan lakaran sejarah bagi konsert oleh artis tempatan di Istana Budaya,” katanya.
Tambahnya lagi, Muzikal Supermokh pula antara produksi yang paling banyak mendapat tajaan sejak 14 tahun Istana Budaya beroperasi iaitu sebanyak 16 penaja.
Nazri juga berkata bagi musim ini, seiring dengan MyFest 2015, Istana Budaya mensasarkan 50% pementasan akan diberi kepada produksi tempatan dan antarabangsa juga sebanyak 50%.
“Penyeimbangan produksi tempatan dan antarabangsa ke arah menjadikan seni sebagai industri kepada para penggiat seni tanah air terutamanya golongan muda,” katanya lagi.
Pementasan produksi seni dari luar negara sudah pasti dapat menarik minat pelancong dan khalayak dari negara-negara ASEAN khususnya Singapura, Brunei, Indonesia dan lain-lain.
Ini selaras dengan pemilihan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini yang dijangka mampu menyemarakkan perkembangan rantaian ekonomi negara dan juga sektor pelancongan.
Senarai penuh Kalendar Istana Budaya 2015 adalah seperti berikut:
PROGRAM PRODUKSI TARIKH PEMENTASAN
Tahajjud Cinta – Sirah Rasulullah Istana Budaya & Amazon Entertainment Sdn Bhd 3 Januari – 7 Januari
Guan Yin Pusa A Musical Yayasan Guan Yin 16 Januari – 25 Januari
Konsert OTM Bersama Bintang Istana Budaya 30 Januari –31 Januari
Teater Diari Wanita CTRA Productions & KPWKM 11 Februari – 16 Februari
9th ATN Award Show Ariana Television Networks 23 Februari
The Royal Gala Mek Mulong Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) 29 Februari – 1 Mac
Konsert Malam Aku, Dia & Lagu Persatuan Penyanyi dan Karyawan Muzik Melayu Singapura (PERKAMUS) 6 Mac – 7 Mac
Konsert Nusantara Yayasan Warisan Negara 13 Mac – 14 Mac
Puteri Gunung Ledang Reunion Concert Enfiniti Vision Media 20 Mac –24 Mac
Teater Kena Main ITBM 27 Mac – 5 April
Rejang The Musical Tall Order Productions 14 April – 2 Mei
Dramatari Matah Ati PT Global 3L & Enfiniti Vision Media 7 Mei – 10 Mei
Taiji Atlas World Tour in Malaysia Yayasan Bakti Kebajikan Masyarakat Malaysia 29 Mei – 30 Mei
Konsert A. Rahman Hassan Harithmai Productions 5 Jun – 7 Jun
Muzikal Bongkar Awie Entertainment 12 Jun – 16 Jun
La Bayadere Ballet The Dance Society Malaysia & Dancework Production 25 Julai – 26 Julai
Sound of Wisdom IMEE OOI Concert 2015 IMM Musicworks 30 Julai – 2 Ogos
Teater Laksamana Cheng Ho Cultural Dance & Arts Centre Sdn Bhd 10 Ogos – 16 Ogos
Y Sebuah Muzikal Belbis Sdn Bhd 22 Ogos – 30 Ogos
Saturday Night Fever The Musical Base Entertainment Asia 5 September – 15 September
Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Alpha Events 26 September – 3 Oktober
Asean Musical Extravaganza Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan 6 Oktober – 7 Oktober
Muzikal Seniman Jalanan Cocoon Film 10 Oktober – 14 Oktober
Spirit of the Lotus Enfiniti Vision Media 22 Oktober – 8 November
Muzikal Siti Siti Nurhaliza Productions 14 November – 22 November
Teater Laila Majnun Rumah Karya Citra 29 November – 7 Disember
Muzikal Rock Oo! Bombay Entertainment & Enjit Semut Sdn Bhd 26 Disember – 3 Januari
Malik Ridhwan
Fri Jan 30 2015
Muzikal Rock Oo!, Konsert Reunion PGL bakal gegar Istana Budaya 2015. -Gambar fail
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Istana Budaya guna teknologi hijau selaras aspirasi global terhadap alam sekitar
Antara langkah awal diambil Istana Budaya ialah menukar lampu sedia ada kepada lampu LED yang dapat menjimatkan tenaga sejak Ogos lepas.
Istana Budaya bawa Teater Muzikal Hang Li Po ke pentas Encore Melaka
Pementasan teater muzikal itu dihidupkan kembali sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Istana Budaya anjur Festival Laman Santai Malaysia Madani terbesar tahun ini
Istana Budaya sentiasa bersifat terbuka dan komited dalam menyatupadukan masyarakat hingga ke akar umbi tanpa mengira bangsa.
Istana Budaya tawar konsert muzik klasikal Harga Rahmah
Peminat orkestra muzik klasik berpeluang menonton konsert A Celebration of Classical Music Lambang Sari Series 2023 diIstana Budaya dengan harga serendah RM30.
SOP baharu sewaan Istana Budaya berjaya atasi masalah hutang tertunggak
Antara SOP yang ditetapkan ialah setiap syarikat produksi perlu membuat pembayaran penuh sebelum membuat persembahan atau pementasan.
DBKL yakin KL Park Festival 2023 dapat sambutan
DBKL yakin acara KL Park Festival 2023 yang berlangsung bermula esok di Taman Tasik Titiwangsa, di sini mendapat sambutan meskipun keadaan cuaca kini tidak menentu.
Istana Budaya catat kutipan RM6.144 juta pada 2022
Istana Budaya mencatatkan penjualan kutipan tiket sebanyak RM6.144 juta hasil daripada 15 program dan 39 pementasan yang dipertontonkan sepanjang 2022.
'Kalau konsert artis luar penuh...' - Erma Fatima kesal program keagamaan tak dapat sambutan
Erma berkata, bukan mudah untuk menganjurkan program sedemikian apatah lagi yang berbayar.
Aura Search 'gegarkan' Istana Budaya
Sentuhan kumpulan rock legenda tanah air, Search ternyata masih berbisa menerusi konsert yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Ahad.
Menjejak nostalgia kembara Search di Istana Budaya
Ahad ini, kumpulan rock legenda negara akan mengadakan konsert istimewa dalam pementasan Search Rock On 40.