Pening kepala Peter Hugh Davis bila anak jadikan Audi putih kanvas seni

Gempak
Februari 11, 2018 22:52 MYT
Foto Peter menepuk dahi sambil bercekak pinggang di sebelah kereta Audi putih yang dipenuhi lakaran pelbagai warna itu mengundang reaksi melucukan dalam kalangan netizen. Instagram @peterhughdavis
HUJUNG minggu merupakan waktu terbaik untuk diluangkan bersama keluarga dan anak-anak namun apa yang terjadi kepada petinju kacak Peter Hugh Davis ini boleh buat kepala pusing.
Mana tidaknya, baru tinggalkan 10 minit, hampir separuh daripada kereta mewah jenis Audi miliknya dijadikan kanvas lukisan anak-anaknya.
"Saya hanya tinggalkan 10 minit! Inilah hasil seni anak-anak saya," tulisnya bersama tanda pagar (hashtag) #WhenYouLetKidsRunRiot, #HandPainting dan #Parenting101.
Foto Peter menepuk dahi sambil bercekak pinggang di sebelah kereta Audi putih yang dipenuhi lakaran pelbagai warna itu mengundang reaksi melucukan dalam kalangan netizen.
"Kita sepatutnya berbangga dengan bakat artistik mereka," tulis @mohd_shazlan.
"Eh cool lah. Mereka sangat kreatif. Saya pun mahu juga," tambah @uddzainuddin.
"Karya satu dalam sejuta," tulis @aziph pula.
Peter yang bakal muncul dalam tiga buah filem tahun ini memiliki dua cahaya mata Preston, 8, dan Parker, 3.
#anak #Audi #kanvas #kereta #lukisan #Peter Hugh Davis
;