Pengsan semasa bertugas, Dr. Amalina dedah pengalaman kerja dengan jururawat
Gempak
Disember 31, 2018 18:00 MYT
Disember 31, 2018 18:00 MYT
Pakar perubatan kelahiran Malaysia, Dr. Amalina Bakri mengakui pernah pengsan sebanyak tiga kali lantaran terlalu sibuk dengan kerjanya di hospital.
Menerusi entri di Twitter, Dr. Amalina yang kini berkhidmat di United Kingdom berkongsi kisah yang pernah dialaminya bersama jururawat di hospital.
"Just want to share my story, positivity and love. To all the nurses out there, wherever you are in the world, thank you," tulisnya.
Kenyataan yang dimuat naik Dr. Amalina itu seakan-akan merujuk kepada kontroversi yang dicetuskan oleh seorang anggota kumpulan Elite, Linda Rafar yang mengeluh dengan sikap acuh tak acuh seorang jururawat di sebuah hospital di Shah Alam.
Linda meluahkan rasa kesal kerana jururawat enggan membantu menukar cadar katil ibunya yang sedang menerima rawatan di hospital kerajaan.
Tindakan Linda itu membakar emosi segelintir pihak terutama petugas sektor perubatan.