Pakar perubatan kelahiran Malaysia, Dr. Amalina Bakri mengakui pernah pengsan sebanyak tiga kali lantaran terlalu sibuk dengan kerjanya di hospital.

Menerusi entri di Twitter, Dr. Amalina yang kini berkhidmat di United Kingdom berkongsi kisah yang pernah dialaminya bersama jururawat di hospital.

"Just want to share my story, positivity and love. To all the nurses out there, wherever you are in the world, thank you," tulisnya.






Kenyataan yang dimuat naik Dr. Amalina itu seakan-akan merujuk kepada kontroversi yang dicetuskan oleh seorang anggota kumpulan Elite, Linda Rafar yang mengeluh dengan sikap acuh tak acuh seorang jururawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Linda meluahkan rasa kesal kerana jururawat enggan membantu menukar cadar katil ibunya yang sedang menerima rawatan di hospital kerajaan.

Tindakan Linda itu membakar emosi segelintir pihak terutama petugas sektor perubatan.

Baca: “Kita Cakap Baik-Baik, Dia Boleh Kurang Ajar...”- Linda Rafar Kesal Dengan Layanan Jururawat Di Hospital

Baca: “Kami Akan Racun Mak Kau, Jangan Menyesal!”- Diugut 'Nurse', Linda Rafar Buat Laporan Polis

Baca: "Kerja Mencuci Pesakit Bukan Tugas Hakiki Jururawat" - Doktor Tampil 'Bahasakan' Linda Rafar

Baca: Kenyataan 'Nurse Is Not Our Level' Disalah Tafsir, Ini Penjelasan Zizan Razak!