Pengsan selepas rancangan bual bicara, Datuk Jalaluddin Hassan dikejarkan ke HKL

Gempak
Oktober 2, 2017 16:12 MYT
Jalaluddin dijemput sebagai tamu program Assalamualaikum untuk berkongsi pengalaman membina keluarga bahagia serta tip ke arah kestabilan hubungan keluarga. - Foto Astro Gempak
PELAKON Datuk Jalaluddin Hassan, 63, pengsan selepas menjadi tamu program bual bicara siaran TV AlHijrah, Assalamualaikum, pagi tadi.
Selepas selesai siaran langsung di Studio TV AlHijrah di Pusat Islam, kira-kira jam 10 pagi tadi, Jalaluddin berjalan kaki ke parkir berdekatan Muzium Kesenian Islam, luar kawasan Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Ketika tiba di kawasan parkir, Jalaluddin sesak nafas dan menghubungi anaknya memberitahu dia tidak sihat.
Cubaan anaknya menghubungi Jalaluddin semula gagal.
Bimbang dengan keadaan bapanya, anaknya menelefon ambulan dan memaklumkan keadaan kesihatan dan kedudukan bapanya.
Ambulans yang tiba di lokasi kira-kira jam 10.30 pagi membawa Jalaluddin ke Hospital Kuala Lumpur.
Jalaluddin dijemput sebagai tamu program terbabit untuk berkongsi pengalaman membina keluarga bahagia serta tip ke arah kestabilan hubungan keluarga.
Sumber: Berita Harian
Foto: MyNewsHub
#Hospital Kuala Lumpur #Jalaluddin Hassan #pengsan #sesak nafas #tamu #TV AlHijrah
;