Usaha pengkomersialan karya lagu tidak langsung mematikan kualiti seni sesebuah lagu yang dihasilkan.
Ini kerana seni adalah berbentuk subjektif dan ia bergantung kepada pandangan individu untuk menentukan sesebuah karya yang dihasilkan itu.
Jelas pencipta lagu, DJ Fuzz, pengkomersialan sesebuah lagu amat penting kerana ia adalah sumber pendapatan seseorang anak seni.
Ini kerana, industri seni tidak jauh bezanya dengan industri lain, dimana memerlukan keuntungan demi kelangsungan.
"Ramai orang kata, jika kita hasilkan lagu untuk dijual, maka akan hilang seninya. Adakala karya yang dihasilkan bagi tujuan komersial merupakan karya yang bagus dan berseni.
"Ramai pihak menghakis nilai seni dalam sesebuah karya hanya untuk tujuan komersial, tetapi kebanyakan hasilnya tidak ke mana-mana. Adalah molek jika kita berseni dan dalam masa sama kita cuba membuat keuntungan melalui karya yang kita hasilkan," katanya ketika ditemubual di program AWANI Pagi pada Selasa.
Tambahnya, meskipun penciptaan lagu itu bergantung kepada penulis, namun minat pendengar juga perlu diambilkira.
Pendapat DJ Fuzz berkenaan disokong pencipta lagu, Aziquebeats yang merasakan pengkaryaan lagu adalah proses cubaan berulang kali.
"Bagi genre Hip Hop dan Trap ini, lagu yang dihasilkan mudah diterima pelbagai peringkat umur dan ia sekaligus dapat mensasarkan kepada audien yang luas.
"Lagu-lagu sebegini boleh dikomersialkan untuk penghasilan 'jingle' sesuatu produk yang dapat menarik ramai audien mengikut kesesuaian produk itu," kata Aziquebeats.
DJ Fuzz dan Aziquebeats popular dengan lagu "Mengantuknya Mumia" yang tular di media sosial baru-baru ini.
Kedua mereka juga merupakan pencipta lagu berkenaan yang berkolaborasi bersama Didi & Friends, menarik minat netizen sama ada kanak-kanak dan dewasa.
Hafizi Rosli
Tue Nov 19 2019
DJ Fuzz (kiri) dan Aziquebeats popular dengan lagu "Mengantuknya Mumia" yang tular di media sosial baru-baru ini.
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Penyampai berita RTM, Farit Ismeth Emir meninggal dunia
Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir disahkan meninggal dunia pada Isnin di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.
Puas berlakon, Nora Danish jadi penyanyi, rakam single bersama W.A.R.I.S
Pelakon Nora Danish menonjolkan bakat nyanyiannya dan muncul dengan single duet berjudul 'Ini Lagi Boom' bersama penyanyi rap terkenal Waris.
Ifa Raziah terima tawaran jadi pengkritik D Academy Asia
Ifa Raziah menerima tawaran untuk menjadi salah seorang pengkritik program realiti popular Indonesia, D Academy Asia.