Pengkhususan pungutan royalti lebih sistematik
Astro Awani
Mac 20, 2013 18:04 MYT
Mac 20, 2013 18:04 MYT
Tiga badan pengutip royalti kini mengkhususkan peranan masing-masing agar penggiat seni tidak lagi keliru.
MACP mewakili kumpulan penulis lagu dan komposer, PPM mewakili syarikat rakaman manakala RPM mewakili penyanyi dan ahli muzik.
Music Author's Copyright Protection (MACP), Public Performance Malaysia Sdn Bhd (PPM) dan Recording Performance Malaysia Berhad (RPM) menerima sijil pengisytiharan sebagai badan pelesenan sejak September tahun lepas.
Sementara itu, Pengerusi "RPM", Datuk Sheila Majid menyeru agar pengguna memberi kerjasama dan memahami bahawa penggiat seni memerlukan imbuhan atas produk yang mereka hasilkan.
Selaku artis senior, Datuk David Arumugam menyokong usaha badan ini demi kelangsungan industri muzik tempatan.
Sidang media bersama ahli lembaga pengarah MACP, PPM dan RPM berlangsung di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur pada Selasa.