Penghujung kisah cinta, Ariana Grande bercerai

Gempak
Julai 18, 2023 12:10 MYT
Menurut sumber, penyanyi lagu 7 Rings dan bekas suaminya yang merupakan ejen hartanah itu memberitahu bahawa mereka telah berpisah sejak Januari lalu. - Gempak
PENYANYI, Ariana Grande dilaporkan telah bercerai dengan suaminya, Dalton Gomez. Perkhabaran tersebut disahkan oleh portal hiburan PageSix.
Menurut sumber, penyanyi lagu 7 Rings dan bekas suaminya yang merupakan ejen hartanah itu memberitahu bahawa mereka telah berpisah sejak Januari lalu.
Sungguhpun begitu, hubungan mereka kekal rapat.
"Mereka membuat keputusan bersama-sama. Mereka menghadapi masalah sebelum Januari, tetapi mereka mahu kekal sebagai kawan baik.
"Ariana dan bekas suaminya telah menjadi kawan baik sepanjang keseluruhan proses, dan rakan serta keluarga mereka telah cuba melindungi mereka.
“Dalton melawat Ariana di set penggambaran filem Wicked di London dalam percubaan terakhir untuk menyelamatkan perkahwinan mereka, tetapi ia tidak berjaya," kata sumber itu.
Ariana mencetuskan khabar angin bahawa dia dan Dalton mengalami masalah rumah tangga apabila dia muncul di Wimbledon pada hujung minggu tanpa cincin perkahwinannya.
Kali terakhir Ariana dilihat dengan cincinnya di khalayak ramai adalah pada bulan April di konsert Jeff Goldblum di London.
Ariana dan Dalton mengikat tali pertunangan secara rahsia pada Mei 2021 di rumahnya di Montecito, California.
Dalton melamar Ariana pada Disember 2020 dengan cincin mutiara dan berlian yang mempunyai makna istimewa kepada bintang pop itu, kerana mutiara tersebut merupakan mutiara yang berasal dari cincin yang diberikan oleh neneknya.
Terdahulu, Ariana pernah mengikat tali pertunangan dengan pelawak Pete Davidson pada 2018 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.
*Sumber: PageSix
**Artikel disiarkan di Gempak
#Ariana Grande #bercerai #Dalton Gomez #7 Rings
;