Penghibur jalanan Meor meninggal dunia

Irwan Muhammad Zain
Disember 24, 2021 01:43 MYT
Allahyarham Meor Yusof Aziddin Meor Hassan menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.42 malam, Jumaat.
KUALA LUMPUR: Penghibur jalanan, Meor Yusof Aziddin Meor Hassan atau lebih dikenali dengan Meor kembali ke Rahmatullah pada Jumaat.
Allahyarham yang juga adik kepada penyanyi Sohaimi Meor Hassan ditidurkan lebih 14 hari setelah disahkan positif COVID-19.
Berita pemergian Allahyarham dikongsikan oleh anak sulungnya Kamelia di Facebook.
“Bismillahirrahmanirahim, assalamualaikum semua, saya kamelia. Ayah saya Meor Yusof Aziddin telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11:42 PM tarikh 24/12/2021.
“Mohon semua sedekahkan al fatihah kepada ayah saya. Terima kasih semua,” tulis anaknya.
Sepanjang terlibat dalam bidang muzik Allahyarham pernah menerbitkan 10 buah album antaranya Pesta Jiwa, Itu Padang Aku Di Situ, Dari Rakyat Untuk Rakyat, Sakrat, Redup dan beberapa lagi.
#Meor Yusof Aziddin Meor Hassan #Sohaimi Meor Hassan #meninggal dunia #penghibur jalanan
;