Pengasas Studio Ghibli, Isao Takahata meninggal dunia
Agensi
April 6, 2018 19:09 MYT
April 6, 2018 19:09 MYT
Pengarah anime Jepun yang juga pengasas bersama studio animasi terkenal Studio Ghibli, Isao Takahata menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun.
Takahata menerima pencalonan Oscar pada 2015 menerusi The tale of the Princess bagi kategori filem animasi terbaik.
Bagaimanapun karya sentuhannya yang paling diingati adalah Grave of the Fireflies yang diterbitkan pada 1988, mengisahkan kehidupan menyayat hati dua beradik yatim piatu mangsa Perang Dunia Kedua.
Mendiang menubuhkan Studio Ghibli pada 1985 bersama rakan karibnya Hayao Miyazaki.
Dalam tempoh 33 tahun studio ini telah menghasilkan beberapa filem hebat antaranya Castle in the Sky, dab Nausicaä of the Valley of the Wind.
Takahata memulakan kerjayanya dalam bidang animasi bersama studio Toei pada 1959. Di situlah dia bertemu Miyazaki dan menjadi sahabat karib.
Di media sosial netizen dan penggiat seni melahirkan penghargaan terhadap mendiang atas sumbangannya dalam dunia animasi.