Pengarah KL Gangster 2 mengadu pada ibu Amani
Astro Awani
Oktober 8, 2013 20:28 MYT
Oktober 8, 2013 20:28 MYT
Benarkah ada “double standard” semasa proses pengkategorian sesebuah filem tempatan?
Itulah perkara yang dibangkitkan oleh pelakon filem Psiko Pencuri Hati, Sharifah Amani menerusi akaun Twitter miliknya namun mendapat maklumbalas pedas daripada pengarah filem KL Gangster 2, Syamsul Yusof awal hari ini.
Mendapat perhatian di platform media sosial Twitter dan juga blog blog hiburan tempatan hari ini adalah salah faham yang berlaku di antara Sharifah Amani dan Syamsul Yusof.
Menurut tweet Sharifah Amani, dia seolah-olah mempersoalkan keputusan pihak Lembaga Penapisan Filem kerana mengkategorikan filem terbaru lakonannya Psiko Pencuri Hati sebagai PG18.
Menyedari sindiran melalui tweet itu, Syamsul membalas dengan memberi respon kepada akaun Twitter Fatimah Abu Bakar, ibu kepada Sharifah Amani.
Pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik itu membalas tweet pemenang trofi Pengarah Terbaik itu, namun tiada sebarang tweet balas daripadanya.