Pengarah dapat ilham 'Kerat 14' di Sydney

Astro Awani
Januari 31, 2013 09:33 MYT
Biarpun masih hijau dalam dunia pengarahan, Arjin Uppal bersyukur kerana mendapat sokongan padu.
Pelakon dan tenaga produksi filem "Kerat 14" tidak memperlekehkan bakatnya sebagai pengarah baru.
"Kerat 14" filem aksi thriller mengisahkan percintaan Haziq dan Nurzara yang didatangi orang ketiga sehingga berlakunya pembunuhan.
Mendapat idea untuk menerbitkan filem "Kerat 14" ketika belajar di Sydney, Arjin merasakan filem bertemakan pembunuhan kurang dibikin di Malaysia.
"Kerat 14" dibintangi Aaron Aziz, Siti Saleha, Zamarul Hisham dan Fauziah Gous.
#Aaron Aziz #filem #kerat 14 #Siti Saleha
;