Pengacara 'Who Wants to be a Millionaire' Regis Philbin meninggal dunia

Azyyati Ahmad
Julai 26, 2020 09:07 MYT
Philbin meninggal dunia kerana sakit tua pada Jumaat malam, sebulan sebelum sambutan ulang tahunnya yang ke 89. -AP
Regis Philbin, pengacara terkenal game show terkemuka 'Who Wants To Be A Millionaire' meninggal dunia pada usia 88 tahun.
Philbin meninggal dunia kerana sakit tua pada Jumaat malam, sebulan sebelum sambutan ulang tahunnya yang ke 89.
Philbin juga selama 23 tahun menjadi hos bual bicara rancangan pagi berganding bersama Kathie Lee Gifford iaitu “Live! With Regis and Kathie Lee” dari tahun 1985 sehingga 2000.
Kemudian dari 2001 sehingga tahun persaraannya 2011 beliau bergandingan dengan Kelly Ripa dalam program yang sama iaitu “Live! With Regis and Kelly”.
Philbin juga sangat dikenali ketika mengacarakan rancangan paling popular awal abad lalu iaitu ‘Who Wants To Be A Millionaire’ yang ditayangkan pada waktu perdana.
Soalan yang sering dilontarkan Philbin kepada peserta iaitu "Adakah itu jawapan muktamad anda?" menjadi frasa popular di Amerika.
Philbin pernah dinobatkan Pencapaian Sepanjang Hayat dari Anugerah Emmy.
Philbin meninggalkan seorang balu, Joy dan tiga anak perempuannya JJ, Joanna Philbin dan Amy Philbin.
#Kathie Lee #Kelly Ripa #Live With Regis and Kathie Lee #Live With Regis and Kelly #meninggal dunia #Regis Philbin #Who Wants To Be A Millionaire
;