Pengacara bermulut lancang, Joan Rivers mati

AFP
September 4, 2014 07:42 MYT
Pengacara bermulut celupar itu pernah mengeluarkan kenyataan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin.
Pengacara bermulut celupar Joan Rivers mati di sebuah hospital di New York pada Khamis. Dia berusia 81 tahun.
Pengacara program Fashion Police itu dimasukkan ke Hospital Mount Sinai sejak 28 Ogos lalu apabila dia berhenti bernafas selepas menjalani satu pembedahan yang melibatkan peti suara di sebuah klinik di New York.
“Dengan dukacita, saya mengumumkan berita kematian ibu saya, Joan Rivers. Dia meninggal dunia pada 1.17 petang dan keluarga serta teman rapatnya berada di sisinya sewaktu menghembuskan nafas terakhir,” menurut kenyataan anaknya Melissa Rivers.
Rakan selebriti seperti Whoopi Goldberg, Dolly Parton turut mengucapkan takziah atas kematian tersebut.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut menghantar perutusan takziah atas kematian ikon komedi yang telah menggembirakan jutaan penonton di seluruh dunia.
Rivers juga merupakan penyokong lantang Israel.
Sebelum ini, pengacara bermulut celupar itu pernah mengeluarkan kenyataan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin.
Rivers bukan sahaja mempertahankan tindakan Israel malah menyifatkan tentera Hamas sebagai pengganas dan merendah-rendahkan serta menghina penduduk Palestin.
#Joan Rivers #mati #meninggal dunia
;