Penerbit filem Julie Dahlan meninggal dunia

Astro Awani
April 30, 2015 21:49 MYT
Penerbit filem, Julie Dahlan meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 7.30 malam ini. -Gambar fail
Penerbit filem, Julie Dahlan meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 7.30 malam ini.
Julie, 62, atau nama sebenarnya Junaidah Dahlan, dikatakan menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang, lapor Berita Harian.
Allahyarham yang menderita sakit buah pinggang tahap kronik perlu melakukan rawatan dialisis tiga kali seminggu setelah keadaan beliau semakin serius sejak setahun lalu.
Menurut menantu Allahyarham, Shamsul Akmar Sahabudin, berkata terdahulu emak mentuanya mengadu sakit pada 6 petang tadi, lapor Bernama.
"Sejurus selepas arwah mengadu sakit, saya terus menelefon ambulans untuk dihantar ke Hospital Ampang.
"Ketika dalam perjalanan ke hospital, arwah batuk berdarah dan telah dimasukkan ke unit kecemasan untuk pemeriksaan," katanya ketika ditemui Bernama di bilik mayat Hospital Ampang, di sini hari ini.
Shamsul Akmar berkata kira-kira pukul 7 malam doktor yang merawat arwah mengesahkan arwah telah meninggal dunia.
"Doktor bertungkus-lumus menyelamatkan arwah, namun Allah lebih menyayangi arwah dan kami sekeluarga reda dengan ketentuan ini," katanya.
Beliau berkata Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate di sini pada 10 pagi esok.
Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki, Hairi Harmi, 39, dan seorang anak perempuan, Hani Nur Zara Harmi, 33.
Allahyarham melalui syarikat produksi miliknya JD Productions Sdn Bhd, pernah mencipta nama pada era 90-an menerusi beberapa filem terbitan beliau antaranya 'Driving School (1990), Harry Boy (1991) dan 'Cinta Metropolitan (1995).
Sementara itu, penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam menyifatkan Allahyarham seorang yang berpendirian tegas dalam industri penerbitan dan dunia hiburan tanah air hingga pernah digelar 'Iron Lady'.
Selain itu katanya Allahyarham merupakan seorang yang peramah dan tidak kedekut ilmu.
"Saya sendiri pernah bekerja dengan arwah pada tahun 70-an sebelum saya membuka produksi sendiri, arwah banyak mengajar saya tentang selok-belok dunia penerbitan filem dan lakonan," katanya ketika ditemui Bernama di bilik mayat Hospital Ampang, di sini hari ini.
Sementara itu, pelakon drama Gerak Khas, Shamsudin Maidin menyifatkan Allahyarham sebagai seorang legenda yang sukar dicari ganti.
"Saya pernah menjadi kru penerbitan di bawah arahan beliau dan seorang yang tegas namun tidak sombong kepada pekerjanya," katanya.
Sementara itu, kalangan selebriti tanah air dan ahli politik mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham di media sosial Twitter.

BAGAIKAN SEMALAM KAMI BERMAIN AIR LAUT PULAU TIOMAN TIKA ARWAH PUAN JULIE DAHLAN OFFER AZWANhttps://t.co/tOmAWBaegr

— azwanhjali (@azwanhjali) April 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Alfatihah.. by @aznilnawawihm "Takziah buat keluarga penerbit filem Julie Dahlan atas pemergiannya ke... http://t.co/GG3h7dPOIg

— Fizo Omar (@fizoomar) April 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Julie dahlan telah kembali ke ramahtullah. Kita kehilangan seorang lagi anak seni.. marilah kita sedekahkan al-fatihah.. :( @SenimanMalaysia

— zedzaidi (@rozaidijamil) April 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terima berita kehilangan seniwati Julie Dahlan. Takziah kepada keluarganya dan doa dari Permatang Pauh. Al-fatihah.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) April 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Hospital Ampang #Julie Dahlan #meninggal dunia #penerbit filem
;