Pendarahan otak: Imam Muda Miril meninggal dunia

Sinar Harian
September 13, 2018 19:52 MYT
Arwah yang meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki berusia lima dan dua tahun ini mengalami pendarahan otak dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (HTAA).
PENDAKWAH yang juga merupakan bekas peserta program Imam Muda (musim Pertama), Amiril Md Banin atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Miril, 33, dilaporkan meninggal dunia.
Arwah yang meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki berusia lima dan dua tahun ini mengalami pendarahan otak dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (HTAA) pada 6.45 petang Rabu.
Menurut perkongsian sahabat baiknya, Imam Muda Asyraf di laman Instagram, jenazah Allahyarham dibawa pulang dari HTAA ke rumah keluarganya di Ampang Selangor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Permai.
“Kematian yang baik. Kau akhiri hidupmu dengan puasa di Bulan Haram. Setelah zikir dan ceramahmu pada malam terakhir hayatmu begitu suram.
“Jemaah sudah mengetahui bahawa kau sedang bertarung kesakitan. Kerut di dahi. Membuktikan kau memaksa diri hadir memenuhi hajat jemputan.
“Didoakan semoga arwah bersama para solihin, isteri dan dua orang anaknya yang masih kecil diberikan kekuatan. Kami bersaksi Ya ALLAH arwah insan yang baik,” luah Imam Muda Asyraf.
#Amiril Md Banin #Hospital #imam muda #Imam Muda Amiril #Imam Muda Asyraf #Instagram #jenazah #meninggal dunia
;