Pendapatan 'kembar' Taylor Swift hampir RM60 ribu sebulan
Madiha Abdullah
Julai 20, 2015 17:33 MYT
Julai 20, 2015 17:33 MYT
Apabila anda memiliki wajah seiras selebriti ternama, anda secara tidak langsung memiliki 'lesen besar' untuk menjalani kehidupan yang lebih mudah.
Itulah yang dialami oleh Rose Nicholas, 24 tahun, seorang pelajar Leeds University, United Kingdom (UK).
Biarpun sudah lama menyedari wajahnya hampir sama dengan bintang pop Taylor Swift, namun kunjungannya ke New York pada musim panas tahun lalu memberi pengalaman baharu buatnya.
Di sana, dia diserbu hampir setiap minit oleh orang awam yang menyangka dia adalah Taylor.
Rose dikatakan memiliki wajah seiras Taylor Swift. - Facebook/Rose Nicholas
Rose juga diberitahu bagaimana dia boleh membuat duit berbekalkan wajahnya itu.
Sekembalinya ke UK, Rose segera mendaftar diri ke sebuah agensi modeling dan dia kini dibayar £400 (RM 2,370) sehari dengan pekerjaannya sebagai celebrity lookalike.
Antara tugasan yang perlu dilakukan Rose adalah muncul dalam video dan majalah, selain perlu kerap ke London untuk 'menyamar' sebagai Taylor.
Purata pendapatan Rose sebulan kini adalah £10,000 (RM 59,350).
Rose bagaimanapun tidak memiliki suara semerdu Taylor, dan menyifatkan pengalaman diminta menyanyi di hadapan 300 peminat Taylor sebagai paling 'mengerikan' dalam hidupnya.