Penceraian Nazim Othman dan Bella Dally undang simpati
Gempak
Mei 18, 2018 20:00 MYT
Mei 18, 2018 20:00 MYT
HAFIZ Hamidun, Fazura dan Mira Filzah antara selebriti tempatan yang meluahkan rasa simpati terhadap berita perpisahan Nazim Othman dan Bella Dally.
Mereka memberikan suntikan kata-kata positif kepada pasangan yang baru sahaja bercerai ini serta berharap agar Nazim dan Bella tabah menghadapi dugaan mendatang.
Hafiz dan Fazura meninggalkan komen di laman Instagram Nazim manakala Mira pula meninggalkan komen di laman Instagram Bella.
Selain Hafiz, Fazura dan Mira, selebriti lain yang turut meluahkan rasa simpati adalah Nad Zainal, Sherry Ibrahim, Ning Baizura, Indah Ruhaila, Aeril Zafrel, Ifa Raziah, Lisa Surihani, Hanis Zalikha, Liyana Jasmay, Azira Shafinaz dan ramai lagi.
Semalam, dunia hiburan digemparkan dengan berita penceraian Nazim dan Bella yang disampaikan menerusi akaun laman sosial Instagram mereka.
Di ruangan komen, netizen nyata terkejut dengan berita tersebut dan turut sama mendoakan agar urusan Nazim dan Bella dipermudahkan.
Netizen turut memuji kematangan Nazim dan Bella yang memilih jalan baik untuk berpisah tanpa memburukkan pasangan masing-masing.
Belum dikurniakan cahaya mata, Nazim dan Bella bernikah pada 10 September 2016 di Kota Kinabalu, Sabah.
Drama lakonan Nazim, Monalisa sedang hangat ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Nazim & Bella