Penantian peminat berakhir, Neelofa akhirnya dedah wajah Bilal

Asyraf Roslan
Oktober 12, 2022 23:16 MYT
Bekas pengacara MeleTOP itu berkongsi wajah putera sulungnya menerusi sebuah video berdurasi 1.42 minit di laman Instagram dan juga Tiktok pada Rabu. - Gambar/ Instagram @neelofa
KUALA LUMPUR: Selepas sembilan bulan 'menyorokkan' wajah anak kesayangannya, Muhammad Bilal, pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa Mohd Noor akhirnya berkongsi wajah cahaya mata pertamanya itu.
Bekas pengacara MeleTOP itu berkongsi wajah putera sulungnya menerusi sebuah video berdurasi 1.42 minit di laman Instagram dan juga Tiktok pada Rabu.
Menerusi muat naik status, Neelofa menggambarkan Bilal antara kecintaan tertinggi dan teragung kepadanya.
“Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah.
“Jika keselesaan yang ditaruhkan.Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu” katanya.
Sebelum ini, netizen berteka-teki bagaimana rupa paras Bilal kerana Neelofa hanya berkongsi beberapa 'sneak peek' di laman sosialnya.
BACA: Kongsi gambar Bilal di media sosial: "Hormati privasi keluarga saya" - Neelofa
BACA: Muhammad Bilal sepatutnya berkongsi tarikh lahir dengan Neelofa
BACA: Sama cantik, sama padan, Neelofa sah bergelar isteri PU Riz
Tindakan Neelofa itu turut membuatkan segelintir netizen tidak berpuas hati mengapa usahawan itu mengambil masa yang agak lama untuk mendedahkan wajah Bilal.
Neelofa selamat melahirkan Muhammad Bilal di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 29 Januari lalu.
Dia dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.
Terdahulu, hari ini, Neelofa mengakui kesal dengan tindakan segelintir pihak yang berkongsi gambar wajah anaknya itu di media sosial tanpa kebenaran.
Katanya, tindakan seumpama itu dilihat tidak menghormati pendiriannya yang selama ini enggan berkongsi secara terbuka menerusi platform tersebut.
#bilal #Neelofa #netizen #Neelofa dedah wajah bilal
;