Penantian lima tahun berakhir, Preity Zinta umum dapat anak kembar

Gempak
November 21, 2021 11:04 MYT
PREITY: Saya dan Gene sangat gembira serta dilimpahi dengan rasa syukur dan kasih sayang dengan mengalu-alukan kehadiran anak kembar kami Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough dalam keluarga. -Gempak
PELAKON Bollywood terkenal, Preity Zinta mengumumkan menimang cahaya mata kembar menggunakan khidmat ibu tumpang.
Lebih manis lagi, Preity juga menamakan bayi kembar Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.
“Hai semua, saya ingin berkongsi berita gembira dengan anda.
"Saya dan Gene sangat gembira serta dilimpahi dengan rasa syukur dan kasih sayang dengan mengalu-alukan kehadiran anak kembar kami Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough dalam keluarga.
“Kami berasa sangat teruja dengan fasa baharu dalam hidup kami.
"Terima kasih yang tidak terhingga kepada doktor, jururawat dan pengganti (ibu tumpangan) kami kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini,” coretnya menerusi hantaran di akaun Instagram.
Dalam pada itu, ruangan komen hantaran tersebut juga dihujani dengan ucapan peminat dan juga rakan selebriti antaranya Priyanka Chopra, Dia Mirza, Shilpa Shetty, Madhuri Dixit dan ramai lagi.
Preity Zinta dan Gene Goodenough menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun sebelum berkahwin pada 29 Februari 2016.
Pelakon filem Chori Chori Chupke Chupke ini mengambil keputusan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat selepas berkahwin.
#Bollywood #Preity Zinta #Jai Zinta Goodenough #Priyanka Chopra
;