Penantian berakhir, Nadhir Nasar dinobat Hero Remaja 2020
Asyraf Roslan
Julai 16, 2020 22:01 MYT
Julai 16, 2020 22:01 MYT
Disebabkan penularan pandemik COVID-19, pentas akhir Hero Remaja terpaksa ditangguhkan hampir tiga bulan.
Bagaimanapun penantian itu sangat berbaloi apabila peserta, Nadhir Nasar dari selangor dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2020.
Menerusi kemenangan itu, dia berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 beserta selempang dan trofi.
Tempat kedua jatuh kepada Umar Hisham manakala Meerqeen hanya berpuas hati dengan menduduki tempat ketiga.
Untuk malam kemuncak Hero Remaja 2020, para peserta akhir ditugaskan untuk melakukan sebuah video pesanan khidmat masyarakat (PSA) dan juga menjawab soalan yang diberikan oleh juri.
Kesemua finalis telah diadili barisan juri yang terdiri daripada Datuk Hans Issac dan Scha Alyahya selaku juri tetap serta Yusry Abdul Halim selaku juri jemputan.
Pentas akhir Hero Remaja telah dihoskan oleh Ain Edruce dan Awal Ashaari.