Penangan Rajinikanth, baru sehari trailer 'Kaala' dah ditonton 10 juta kali

Astro Awani
Mac 3, 2018 18:00 MYT
Poeter filem Kaala, filem terbaharu Rajinikanth yang bakal ditayangkan pada 27 April depan - Foto Facebook/Kaala
KALAU dah namanya Superstar orang pasti teruja nak tonton hasil lakonannya. Tiada istilah yang selayaknya bagi menggambarkan keistimewaan Rajinikanth di mata peminat filem Tamil.
Semalam trailer filem terbaharu lakonannya Kaala dimuat naik di Youtube. Baru 24 jam, ia telah menerima lebih 10 juta tontonan.
Kaala diterbitkan Wunderbar Films milik menantunya Dhanush dan diarahkan Pa. Ranjith yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Rajinikanth mengarahkan Kabali.

Here you go !! Kaala teaser. https://t.co/W7rmWtiMsA thalaivar teaser eppo release aanaalum eppidi release aanaalum diwali dhaan. Mass dhaan.

— Dhanush (@dhanushkraja) March 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak hairan beberapa adegan dilihat mengulangi gaya arahan filem yang membuat penggambaran di Malaysia itu.
Selain Rajinikanth yang memegang watak sebagai Karikaalan "Kaala" filem ini juga menampilkan Nana Patekar sebagai watak antagonis.
Kaala bakal membuka tayangannya di India 27 April depan.
BACA JUGA: Rajinikanth, Kamal Haasan penuh bergaya di Malaysia
#Dhanush #India #Kaala #Malaysia #Nana Patekar #Rajinikanth #Tamil
;