Penangan kuasa wanita dalam Ocean's 8

Agensi
Disember 15, 2017 14:29 MYT
Oceans 8 digerakkan watak Debbie Ocean lakonan Sandra Bullock selaku teraju utama.
PEMINAT Brad Pitt dan George Clooney mungkin kecewa kerana francais terbaharu Ocean’s Eleven tidak akan menampilkan dua pelakon kacak itu.
Namun jangan cepat melatah kerana spin off bagi filem itu, Ocean’s 8 menjanjikan kelainan dengan memberi tumpuan kepada watak lapan wanita sebagai teraju utama filem berkenaan.
Pelakon utamanya Sandra Bullock dalam temubual bersama EW minggu lalu mengesahkan Ocean’s 8 bukan reboot atau sekuel kepada francais Ocean sedia ada. Sebaliknya ia berkisar mengenai seorang lagi anggota keluarga Danny Ocean.

Join the dream scheme. #Oceans8 hits theaters June 2018. pic.twitter.com/W4HOEc3kzY

— Oceans8Movie (@oceans8movie) December 14, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ocean’s 8 digerakkan watak Debbie Ocean lakonan Sandra Bullock selaku teraju utama. Misinya adalah untuk melakukan rompakan pada majlis pertunjukan fesyen tahunan Met Gala di kota raya New York.
Bagi menjayakan tujuan itu Debbie perlu menghimpunakan tujuh lagi anggota dengan kepakaran tersendiri bagi melengkapkan pasukannya.
Mereka terdiri Loe (Cate Blanchett), Nine Ball (Rihanna), Amita (Mindy Kaling), Constance (Awkwafina), Rose (Helena Bonham Carter), Daphne Kluger (Anne Hathaway) dan Tammy (Sarah Paulson).
Penampilan khas nama besar
Meskipun tanpa Pitt dan Clooney, Matt Damon akan tampil sebagai kameo selain James Corden yang membawa watak pegawai penyiasat insurans.
Antara nama besar lain termasuk Dakota Fanning, Kim Kardashian, Kendall Jenner, Anna Wintour, Adriana Lima dan Katie Holmes.
Filem arahan Gary Ross ini dijadual ditayangkan pada Jun 2018.
#Adriana Lima #Anna Wintour #Anne Hathaway #Brad Pitt #Cate Blanchett #Dakota Fanning #george clooney #Helena Bonham Carter #James Corden #Katie Holmes #Kendall Jenner #Kim Kardashian #matt damon #Ocean s 8 #Ocean s Eleven #Rihanna #Sandra Bullock #Sarah Paulson
;