Penangan Hero Seorang Cinderella, lebih 1000 peminat serbu #FattZura
Gempak
Jun 13, 2017
08:20 MYT
Majlis berbuka puasa itu diadakan sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat dengan menyebarkan maksud sebenar Ramadan dan kasih sayang.
GARA-GARA Hero Seorang Cinderella, lebih 1000 peminat memenuhi ruang Atrium pusat membeli belah Quill City Mall, Kuala Lumpur hanya untuk bertemu pelakon utama drama tersebut, Fattah Amin dan Nur Fazura.
Tidak hanya di Atrium, peminat drama bersiri yang sedang menjadi fenomena itu turut memenuhi karpet merah bermula dari luar Quill City Mall sehingga ke pentas utama untuk menyambut ketibaan Fattah dan Fazura (#Fattzura).
Bersempena kempen ‘Raya Kasih dan Cinta’ Quill City Mall telah meraikan 43 anak-anak yatim Rumah Shifa Setapak dan Rumah Bakti NurShaheera dalam sebuah majlis berbuka puasa bersama Fattah dan Fazura.
Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Quill, Datuk Michael Ong berkata majlis berbuka puasa itu diadakan sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat dengan menyebarkan maksud sebenar Ramadan dan kasih sayang.
“Sebagai tuan rumah, kami berharap mesej ‘Raya Kasih dan Cinta’ berjaya disampaikan menerusi acara ini dan memberi makna kepada anak-anak Rumah Bakti Shifa Setapak dan Rumah Bakti NurShaheera.
“Kami juga berharap semangat ‘Raya Cinta dan Kasih’ membawa keceriaan dan kegembiraan kepada mereka,” katanya.
Anak-anak dari dua buah rumah kebajikan tersebut telah menerima edisi terhad bantal Hero Seorang Cinderella dan duit raya daripada #Fattzura dan pihak pengurusan Quill City Mall.
Selain itu, #Fattzura turut meluangkan masa menandatangani novel Hero Seorang Cinderella secara ekslusif kepada peminat bertuah.
Pada sesi tersebut, peminat yang membeli novel karya Anjell itu turut diberi peluang beramah mesra dan bergambar dengan #FattZura.
Peminat bertuah #FattZura juga 'sporting' beratur menanti giliran novel mereka ditanda tangan oleh hero dan heroin pujaan ramai itu.
Kempen 'Raya Kasih dan Cinta' yang dilancarkan pada 25 Mei lalu, akan berlangsung sehingga 2 Julai 2017 di pusat membeli belah tersebut.
Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang kempen serta pengunjung Quill City Mall berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah menarik seperti Sony 4k Smart LED TV, iPhone 7 Plus 128 GB, Mesin Basuh Panasonic dan banyak lagi.
Selain itu Quill City Mall juga merupakan destinasi terbaik untuk warga kota membeli belah bersama keluarga bersempena Hari Raya ini kerana pelbagai busana Raya lelaki, wanita dan kanak-kanak daripada jenama Elrah Exclusive (koleksi Fattah Amin & Shaheizy Sam), Amy Search, Altelia Amanai, Gajah Duduk dan lain-lain.
Dapatkan bantal edisi terhad Hero Seorang Cinderella dengan berbelanja sebanyak RM199 (maksimum penggabungan dua resit dalam satu hari) dan sampul raya eksklusif secara percuma dengan berbelanja sebanyak RM99 (maksimum penggabungan dua resit dalam satu hari) di pusat membeli belah Quill City Mall KL.
Jangan lupa saksikan Hero Seorang Cinderella yang bersiaran bermula 22 Mei, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Gunakan hashtag #HeroSeorangCinderella untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.
Untuk sebarang informasi berkenaan aktiviti menarik sepanjang kempen’Raya Kasih dan Cinta’, layari laman Facebook dan Instagram Quill City Mall Kuala Lumpur atau laman web www.quillcitymall.com.my.
Quill City Mall KL, Destinasi Gaya Hidup Terkini di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur! #QuillCityMallKL #KasihdanCinta.