Pemulangan gelang Xylobands konsert Coldplay di Kuala Lumpur catat peratusan membanggakan
Gempak
Januari 21, 2024 11:30 MYT
Januari 21, 2024 11:30 MYT
PEMULANGAN gelang Xylobands yang diberikan kepada penonton sewaktu menghadiri Konsert Jelajah Coldplay Music of Spheres di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada tahun lalu mencatatkan peratusan tertinggi setakat ini.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh akaun Instagram Coldplay Malaysia, peratusan pemulangan yang dicatatkan adalah 90 peratus, menjadikan Kuala Lumpur sebagai antara lokasi tertinggi yang mencatatkan peratusan pemulangan.
Sementara itu, senarai pemulangan Xylobands oleh penonton di Tokyo, Jepun mencatat peratusan tertinggi iaitu 97 peratus, diikuti Copenhagen, Denmark dengan angka 96 peratus, Buenos Aires, Argentina pula berada di tangga ketiga dengan 94 peratus.
Kaohsiung, Taiwan meraih peratusan pemulangan sebanyak 93 peratus diikuti Kuala Lumpur, Malaysia, 90 peratus. -Gempak