Peminat upah pembunuh untuk bunuh Bieber

Astro Awani
Disember 14, 2012 14:54 MYT
Gara-gara tidak membalas surat, seorang peminat Justin Bieber telah mengupah dua lelaki untuk membunuh penyanyi berkenaan.
Dana Martin memberitahu pihak berkuasa dia berjaya memujuk seorang banduan dan anak saudaranya untuk melakukan komplot membunuh Bieber serta pengawal peribadinya.
Martin yang juga peminat fanatik Bieber kini menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang remaja perempuan berusia 15 tahun pada tahun 2000.
Dia memberitahu polis bahawa Mark Staake dan Tanner D Ruane yang diupah membunuh penyanyi itu merancang untuk mendekati Bieber dalam konsertnya di Madison Square Garden selepas membunuh dua yang lain.
Namun mereka terlepas peluang itu dan kembali semula ke Kanada. Kedua-dua suspek telah ditangkap.
Menurut polis dalam afidavitnya, Martin mengarahkan suspek membunuh dua sasaran awal dengan menjerut mangsa menggunakan tali leher.
Bagaimanapun ia tidak menjelaskan bagaimana pembunuh itu akan dilakukan ke atas Bieber.
Dalam pada itu, pihak pengurusan Bieber memaklumkan pihaknya telah mengambil langkah perlu bagi memastikan keselamatan penyanyi sensasi berkenaan.
#Dana Martin #Justin Beiber #Madison Square Garden
;