Peminat teruja teserempak anggota kumpulan Muse di Langkawi

Faida Rahim
Julai 26, 2023 05:29 MYT
Nachua memuji penampilan kumpulan Muse yang dilihat mesra bertemu peminat dan tidak menunjukkan lagak seorang diva meskipun dikenali ramai.- Foto Twitter @SayaAzhar
LANGKAWI: Pengguna media sosial berkongsi keterujaan apabila melihat anggota kumpulan rock popular, Muse di pulau peranginan Langkawi sejak semalam.
Berdasarkan sebuah video tular di Twitter, anggota kumpulan itu dilihat tiba di Langkawi bersama ahli keluarga.
Dalam pada itu, pengguna Twitter, Nachua memuji penampilan kumpulan Muse yang dilihat mesra bertemu peminat dan tidak menunjukkan lagak seperti seorang 'diva' meskipun dikenali ramai.
“Muse baru sahaja menamatkan ‘tour’ di Eropah. Tak ada pegang rokok, muka pun manis-manis. Tak ada pun cakap mereka kecewa terpaksa melawat ‘negara dunia ke-3’.
“Tak ada lagak acah-acah ‘rockstar’, semuanya nampak mesra dengan ahli keluarga masing-masing,” katanya.

No cigarettes at hand, no moody face because they landed in 3rd world country after amazing world tour around europe, no rock stars template clichés & just a friendly faces with wives & childrens?? Apani muse??? & btw, they just landed in Langkawi. pic.twitter.com/hv35FE0fBx

— nachua (@notnjw) July 25, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

MUSE mai healing kt Langkawi. Aku ingat member aku melawak ja tadi, kalau dak singgah dah jumpa depa dulu pic.twitter.com/FigZvOYjHK

— sudo apt-get art (@SayaAzhar) July 24, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna terutamanya peminat menyuarakan rasa tidak sabar untuk menghadiri konsert yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.
“Alang-alang kat Langkawi, pergi shopping coklat dan set mangkuk Pyrex kat kedai HIG dulu woi! Can’t wait to see y'all this weekend,” kata pengguna twitter, Kopicapayam.
“Camnila family man punya band, before concert bawa anak isteri healing beli mangkuk Porelle Pyrex dekat Langkawi tu. Bukan buat kecoh macam BBNU 1975,” tulis SyhindhS.
“Inilah lagenda sebenar. Bukannya macam Matty tu,” kata seorang lagi pengguna, Blair.
#Langkawi #media sosial #Muse #konsert Muse