Peminat Star Wars disajikan dengan treler 'The Rise of Skywalker'

Nursyazwani Saiful Sham
April 13, 2019 13:01 MYT
Trailer terbaharu filem itu dilancarkan malam tadi dan kini sudah catat lebih 9 juta tontonan. Foto: Youtube
BERITA gembira buat peminat-peminat Star Wars.
Treler episod kesembilan yang juga merupakan filem terakhir bagi trilogi sekuel berjudul 'Star Wars: The Rise of Skywalker' telah pun dilancar.
'Teaser' yang dilancarkan malam tadi itu kini sudah mencatat lebih 9 juta tontonan.
Ia tersebut turut berkongsi di Twitter rasmi Star Wars yang memaparkan kelibat Princess Leia, lakonan mendiang Carrie Fisher.

Every generation has a legend. Watch the brand-new teaser for Star Wars: #EpisodeIX. pic.twitter.com/fWMS13ekdZ

— Star Wars (@starwars) April 12, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Peminat juga bakal melihat pelakon Daisy Ridley kembali sebagai Jedi terbaharu, Rey dan Adam Driver sebagai musuhnya, Kylo Ren.
Beberapa watak lain seperti Finn, Poe Dameron, C-3PO, dan BB-8 bersama satu 'droid' baharu turut kelihatan dalam treler tersebut. Bagaimanapun tiada kelibat R2-D2 dikesan.
Ia turut mempamerkan adegan paling dinantikan peminat, iaitu Princess Leia memeluk Rey.
Selain itu, peminat juga teruja dengan kemunculan semula Billy Dee Williams sebagai Lando Calrissian yang dilihat mengemudi semula kapal angkasa ikonik Star Wars, iaitu Millennium Falcon bersama Chewbacca.
Filem yang diarahkan oleh JJ Abrams ini bakal ditayangkan 20 Disember ini.
#Billy Dee Williams #Carrie Fisher #JJ Abrams #Lando Calrissian #Princess Leia #Star Wars #The Rise of Skywalker
;