Peminat sebak lihat Noraniza Idris titip doa buat Siti Nurhaliza di Mekah
Gempak
April 29, 2022 12:32 MYT
April 29, 2022 12:32 MYT
KOMEN yang ditinggalkan oleh penyanyi Noraniza Idris pada video rakaman live Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika beliau berada di Tanah Suci menyorot perhatian netizen.
Menerusi respons yang dikongsikan di ruangan komen Facebook Sinar FM itu, Noraniza mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Siti ketika menunaikan ibadah di Mekah.
“Semoga selamat pergi dan balik ke Malaysia adik ku… Jaga keselamatan diri sepanjang kat sana. Semoga dapat mencari Lailatul Daqar di akhir Ramadan ini dan diberkati setiap urusan mu hingga mendapat umrah yang mabrur.
“Amin Ya Rabbal Alamin… sampaikan salam pada Rasulillah… Al-Fatihah,” coret Ratu Lagu-Lagu Etnik Negara itu.
Di platform TikTok, peminat kedua-dua penyanyi itu rata-rata memberikan reaksi positif terhadap doa yang dititipkan oleh Noraniza pada Siti.
“Telah terbukti Mak Iti dengan Mak Ani tak gaduh."
“Sebak tetiba, nangis oi.”
“Ya Allah… Tanpa aku sedar air mata aku mengalir. Adakah ini titik permulaan baharu buka mata orang kita?"
“Dua-duanya legenda tanah air. Moga ini jadi titik permulaan, lagu duet dorang, Hati Kama masih evergreen sampai sekarang.”
“Ya Allah... Sampaikanlah impian kami nak tengok Kak Ani dengan Tokti dapat buat persembahan semula bersama-sama di satu pentas yang sama... Amin.”
Terdahulu, terdapat sedikit isu yang melibatkan pemakaian topi oleh Noraniza yang dikatakan meniru gaya Siti Nurhaliza.
Bagaimanapun, Noraniza memberitahu yang dia tidak menimbulkan sebarang provokasi dan hubungannya dengan Siti sentiasa berada dalam keadaan baik.
*Artikel asal disiarkan di Gempak