Peminat sanggup jual organ, rompak bank untuk beli tiket konsert Taylor Swift!

Gempak
Disember 11, 2017 16:00 MYT
Peminat sanggup lakukan apa sahaja bagi mendapatkan tiket konsert Taylor Swift, Reputation US Tour 2017 - foto Hollywood Life
SEORANG peminat mendedahkan dia sanggup untuk menjual organnnya serta merompak bank untuk menonton konsert jelajah Taylor Swift, Reputation US Tour pada 8 Mei tahun depan.
Peminat setia Taylor Swift itu menerusi akaun Twitternya memberitahu dia sanggup buat apa sahaja termasuk menjual kereta dan membuat pinjaman bank untuk membeli tiket konsert tersebut.
Tiket-tiket sudah mula dijual dan ia menimbulkan kekecohan kerana ramai peminat merungut disebabkan harga tiket konsert penyanyi itu kali ini dianggap terlalu mahal.
Tiket dijual bermula dengan harga AS$800 (RM3,260) untuk zon 'Snake Pit' manakala untuk zon VIP berharga AS$1500 (RM6,112) dan tiket di zon lain AS$500 (RM2,037).
Meskipun harga tiketnya terlalu mahal, namun ia tidak membantutkan hasrat rata-rata Swifties (gelaran untuk peminat) mahu menonton konsert bintang berpengaruh itu.
Malah peminat nampaknya sanggup melakukan apa saja termasuklah menggunakan semua duit simpanan untuk membeli tiket konsert tersebut.
Sumber: Hollywood Life
#AS #Hollywood #kereta #konsert #konsert jelajah #lelaki #Reputation US Tour #Swiftties #Taylor Swift #Twitter
;