Peminat rindu Nazrey, mungkinkah Raihan kembali berempat?

Madiha Abdullah
Mei 15, 2019 09:43 MYT
Cadangan kembali bersama Raihan disambut baik Nazrey, namun ia bergantung kepada persetujuan ahli Raihan yang lain.
POPULARITI yang diraih lagu Sesungguhnya 2019 nyanyian Raihan dan Aliff Satar mengundang kerinduan peminat terhadap salah seorang anggota asal kumpulan itu, Nazrey Johani.
Biarpun Aliff berjaya menyampaikan lagu itu dengan baik, namun bagi peminat, tiada yang mampu menyamai kelunakan dan kemerduan suara Nazrey.
Ramai mencadangkan agar Raihan dan Nazrey bersatu untuk mengembalikan semula kegemilangan irama nasyid.
BACA: Masyarakat luar lebih hargai Raihan? Ini penjelasan mereka selepas didakwa terasa hati
BACA: Meremang bulu roma dengar nyanyian Alif Satar, Raihan

Sesungguhnya alif satar mmg sedap ditambah dgn voicing raihan yg sentiasa padu. tp tetap tak boleh lawan suara abg Nazrey Johani. dlm dunia ni mmg ade org yang dikurniakan dgn suara yg merintih, kalau nyanyi/doa dgn penuh ikhlas, mmg senang nak mengalir air mata kita dgr

— NZV (@nazivv) May 14, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Satu benda jeee, nkkkk sngt2 ustz nazrey buat konsert ngn raihan

— Nazihah Ali (@NazihahAli11) May 14, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Raihan really should do a comeback with ustaz Nazrey and bring back what's nasyeed really meant to be, the stories of the Prophets, the greatness of Allah's power in His creations etc rather than telling about islamic love quotes whatsoever all the times. https://t.co/yvUCXyPOqt

— (@AdibZMZ) May 14, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sedap bila dengar raihan & Alif satar remake balik lagu sesungguh nya, tapi lagi sedap & mengamit kenangan kecik2 dulu kalau raihan gabung balik dgn ust nazrey johani, solo asal raihan.

— Rheedwan Cheng (@RheedwanCheng) May 13, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

dengar alif satar cover lagu raihan teringat zaman sekola dulu2..meremang bulu dengar..hrp ustaz nazrey join la balik..naikkan industri nasyid balik.

— Hafiz (@Hafiz_Cf) May 13, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Cadangan itu disambut baik Nazrey, namun ia bergantung kepada persetujuan ahli Raihan yang lain.
"Kena tanya anggota Raihan, saya tiada masalah," tulis Nazrey menjawab soalan seorang pengguna Facebook, Fatin Nasyrah Zulkifli.
Raihan yang mula aktif sekitar tahun 1996, mencipta sejarah tersendiri apabila album Puji-Pujian muncul album terlaris di Malaysia dengan jualan melebihi 1 juta unit, selain pernah membuat persembahan dan konsert di serata dunia termasuk Royal Albert Hall, London.
Kumpulan itu asalnya dianggotai Nazrey, Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim, Amran Ibrahim dan Allahyarham Azhari Ahmad.
Bagaimanapun, Nazrey mengundur diri daripada Raihan pada 2006.
#Aliff Satar #kumpulan #nasyid #Nazrey Raihan #Raihan #Sesungguhnya
;