Video yang dimuat naik oleh penyanyi Shila Amzah mengundang reaksi yang pelbagai dari peminat-peminat beliau.
Pengarang Astro Awani Muzaffar Mustapa juga menulis artikel bertajuk "Warkah terbuka buat Shila Amzah" yang pantas mengundang reaksi dari rakan-rakan Facebook Astro Awani tentang kemelut ini.
Ada yang prihatin dan ada juga yang menegur tindakan Shila seperti memperbelakangi keluarga beliau.
“Cerita remeh. Kembali kepada keluarga. Tidak payah heboh-heboh kat media,” kata Hamzah Md Yasin.
“Baru lapan anugerah, kamu bukan ‘superstar’. Lapan anugerah ini pun sebab ibu bapa kamu yang ‘push’ kan? Lepas itu ada hati nak lari dari rumah, nak ketenangan kononnya,” tulis Sabrina Izni Idrus.
Pengguna Facebook yang bernama ItalyJuliet Alfa Lima pula menulis: “Kadang-kadang teguran keras kena bagi agar ibu bapa tidak dilupakan bila berada di syurga dunia. Cuma kami sebagai saudara Islam tegur, terpulang pada empunya diri nak terima atau tidak.”
“Brother Sharnaaz: Kesilapan awal adalah seperti membelakangkan orang tua kedua-dua belah pihak. Ikut adat. Minta keluarga pergi merisik elok-elok. Adat melayu... jumpa keluarga, merisik, meminang,” kongsi Shamsul Aman Salleh.
Ada juga yang memberi kata semangat kepada Shila Amzah, kerana potensi yang dimilikinya.
“Shila berbakat besar, sayang jikalau hal semacam ni, merosakkan potensinya,” tulis Ris Harris.
Kyo Rean pula berkata: “Semoga tuhan beri petunjuk dan pengajaran pada Shila Amzah. Pintu kebahagiaan masih terbuka dan masih belum terlambat untuk Shila bersikap dewasa dan pentingkan masa depan.”
Ada yang memuji tindakan Shila Amzah yang berani tampil melalui video yang dimuat naik di YouTube.
“Dia hanya manusia biasa, setidaknya cukup berani tampil untuk menenangkan ramai pihak berkenaan isu dia sedangkan dia sendiri tidak tenang. Setidaknya dia masih hidup. Setidaknya dia tidak biarkan ramai orang berteka teki dan menyanyi lagu 'Biarlah Rahsia'. Apa yang anda lakukan jika anda harus memilih diantara ibu bapa dan kekasih. Orang lain dah kahwin lari kot,” kata Elle Syeila.
Apa pula pendapat anda tentang video yang dimuat naik oleh Shila Amzah?
Syafique Shuib
Sat Feb 09 2013


Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

90 peratus netizen setuju PKP wajar dilanjutkan sehingga Malaysia bebas COVID-19
Kaji selidik ini dibuat bagi mendapatkan reaksi rakyat Malaysia berhubung Perintah Kawalan Pergerakan.