Peminat kritik video Arja Lee timang bola hanya memakai seluar dalam
Astro Awani
Januari 20, 2016 18:13 MYT
Januari 20, 2016 18:13 MYT
PELAKON Arja Lee dikecam selepas memuat naik video timang bola dengan hanya memakai seluar dalam berwarna putih.
Menurut laporan Astro Gempak, video yang dimuat naik di akaun Instagram dilabelkan sebagai kurang sopan oleh pengikutnya di mana seluar dalam tersebut kelihatan agak ketat di bahagian tertentu.
Kapsyen beliau turut menyebut nama pemain bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo.
“Cristiano Ronaldo play football at home #ArjaLee #Arjasplayfootball . Just for fun.” tulisnya.
Gambar: Astro Gempak
Sementara itu, laman Facebook rasmi milik Arja Lee menjelaskan keadaan sebenar.
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik petang tadi, kenyataan yang ditulis oleh seorang admin bagi pihak Arja Lee dan keluarga berkata video berkenaan bukan dimuat naik oleh pelakon itu.
"Orang yang tidak bertanggungjawab mungkin dengan sengaja mahu memalukan beliau kepada umum.
"Telefon bimbit beliau dicuri semalam dan kami percaya akaun Instagram telah digodam dan memuat naik dua video berkenaan," kata kenyataan itu.
Ia turut berkata video berkenaan bukan untuk tontonan dan perkongsian umum dan berharap orang ramai untuk tidak kongsi berkenaan.
Walaupun video berkenaan telah dipadam namun ia terus menjadi perbualan hangat di Twitter.
Ada yang berkata peranti milik Arja Lee digodam, dan ada yang mendakwa pelakon itu melakukan perbuatan itu dengan sengaja.