Peminat filem 'Back to the Future' bakal kembali ke tahun 2015

Kohilah Sekaran
Julai 18, 2015 08:30 MYT
Filem 'Back to the Future' kembali ke pawagam pada Oktober
FILEM ikonik Back to the Future yang diterbitkan 30 tahun lalu merupakan antara filem kebanggaan industri filem dunia.
Bagi meraikan ulang tahun yang ke-30, Universal kini akan menerbitkan kembali filem itu bersama dengan dua sekuel lain dalam kedua-dua format Blu-ray dan DVD.
Perkara baik mengenai inisiatif Universal adalah filem ini akan menemui kembali penonton di pawagam pada 21 Oktober 2015.
Difahamkan, koleksi DVD pula akan dikeluarkan sehari sebelum filem itu berada di pawagam pada 20 Oktober bersama dengan semua 26 episod animasi Back to the Future.

Available 10/20/2015: @BacktotheFuture: The Complete Adventures on DVD! Pre-order at: http://t.co/ZNrYgMLMIx pic.twitter.com/VsnBhnbzAu

— Back to the Future(@BacktotheFuture) July 17, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, Universal tidak menyatakan bagaimana filem itu akan dipasarkan, tetapi butiran lanjut mengenai filem tersebut mungkin akan didedahkan tidak lama lagi.
Promo khas bagi keluaran Blu-ray dan DVD juga turut dikeluarkan untuk penonton.
Back to the Future merupakan filem komedi sains fiksyen yang diarah oleh Robert Zemeckis.
Filem pengembaraan yang dikeluarkan pada tahun 1985 itu dibintangi oleh Michael J. Fox, Christopher Lloyd, Lea Thompson dan Crispin Glover.
#Amerika #Back to the Future #filem #ulang tahun