Peminat cilik Rizalman, Airen Nurain meninggal dunia

Gempak
April 22, 2020 14:13 MYT
Menurut Rizalman, dia berasa amat sedih dengan pemergian peminat ciliknya itu. - Foto Instagram Rizalman
PEMINAT cilik pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim iaitu Airen Nurain, 12, telah meninggal dunia pagi tadi.
Perkara yang dimaklumkan kepada pihak Rizalman menerusi aplikasi WhatsApp itu dikongsi semula di akaun Instagram miliknya.
Menurut Rizalman, dia berasa amat sedih dengan pemergian peminat ciliknya itu.
"Saya amat bersedih kerana saya tahu hari seperti ini akan tiba juga akhirnya.
"Semoga Allah menempatkan adik Airen di tingkatan termulia bersama ibu bapa serta keluarganya, saya amat terkesan," tulis Rizalman di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Rizalman yang turut bersedih.
Rata-rata mereka mengucapkan takziah dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada Airen di ruangan komen.
Terdahulu, Rizalman telah merealisasikan impian Airen untuk bertemu dengannya dan mengundang kanak-kanak itu sebagai tetamu istimewa di konsert Kesuma Jiwa yang berlangsung di Istana Budaya Februari lalu.
Difahamkan, Airen telah menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur.
Airen telah menghidap penyakit buah pinggang kronik dan ketumbuhan dalam otak.
Salam takziah Gempak ucapkan kepada keluarga Airen, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.
#Airen #Allah #Instagram #Istana Budaya #Kanak-kanak #keluarga #meninggal dunia #Rizalman #WhatsApp
;