Peminat bakar mercun dalam pawagam, teruja tonton filem baharu Salman Khan

Gempak
November 16, 2023 03:15 MYT
Salman Khan nasihat peminat-peminatnya nikmati karya terbaharunya tanpa meletakkan diri dalam sebarang risiko.
AKTOR Aktor Salman Khan sedang meraikan kejayaan filem terbarunya, Tiger 3 yang dikatakan sudah mencapai kutipan pecah panggung setelah beberapa hari ditayangkan.
Filem tersebut juga disambut penuh teruja oleh para penonton.
Namun, ada peristiwa yang disifatkan Salman sebagai berbahaya telah dilakukan sekumpulan peminatnya.
Menerusi perkongsian video yang tular di laman X, sekumpulan peminat dilihat telah membakar mercun di dalam pawagam sebagai tanda meraikan filem tersebut.
Kejadian itu dipercayai berlaku di dalam pawagam Mohan di daerah Maharashtra's Nashik. Mercun dibakar pada bahagian tepi dan tengah layar lebar sehingga menimbulkan suasana panik dengan percikan mercun silih berganti dan asap tebal.
Mengambil berat tentang insiden tersebut, Salman telah mencuit di bebenang X miliknya.
“Saya mendapat tahu ada yang membakar mercun sewaktu menyaksikan Tiger 3. Ini berbahaya.
“Mari nikmati karya ini tanpa meletakkan diri dalam sebarang risiko. Jaga diri semua,” cuit Salman di X seperti dilaporkan NDTV.com.
Sementara itu pemilik pawagam dipercayai telah membuat laporan kepada pihak polis dan kes dalam siasatan. - Gempak
#Salman Khan #bakar mercun dalam pawagam #filem baharu Salman Khan #filem Tiger 3