Pemilu 2024: Biarpun jauh di New York, Cinta Laura Kiehl tidak lepas tanggungjawab mengundi
Media Hiburan
Februari 12, 2024 11:33 MYT
Februari 12, 2024 11:33 MYT
PELAKON, penyanyi dan model terkenal Indonesia, Cinta Laura Kiehl tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara untuk turut serta dalam Pemilihan Umum (Pemilu).
Biar pun berada jauh di New York, Amerika Syarikat, wanita kacukan Jerman-Indonesia itu mahu menjadi salah satu suara yang menentukan hala tuju negara tercinta.
Berkongsi momen indah tersebut di laman Instagramnya, Cinta Laura yang hadir ke pusat pengundian terlihat anggun menggayakan baju lengan panjang rona hitam dan digandingkan bersama skirt jeans labuh.
Melengkapkan gaya keseluruhan rambutnya disanggul ringkas dan wajahnya dirias cantik.
Dalam salah satu foto yang dimuat naik, Cinta Laura menunjukkan jarinya yang sudah dicelup dengan dakwat.
Dia meninggalkan kapsyen ringkas pada hantaran tersebut.
“Mengundi di New York, ayuh Indonesia!” tulisnya.
Hantaran tersebut sehingga kini memperoleh lebih 94,000 tanda suka.
Sekadar informasi, proses pengundian sempena Pemilu 2024 dilaksanakan lebih awal untuk warganegara Indonesia yang tinggal di luar negara.
Di Indonesia, proses pengundian akan berlangsung pada 14 Februari akan datang. -Media Hiburan