Pemilik suara di sebalik 'You'll Never Walk Alone' meninggal dunia
Agensi
Januari 4, 2021 13:15 MYT
Januari 4, 2021 13:15 MYT
PENYANYI yang terkenal untuk lagu rasmi pasukan bola sepak Liverpool You’ll Never Walk Alone, Gerry Marsden meninggal dunia pada usia 78 tahun.
Bintang utama kumpulan Gerry and the Pacemakers itu meninggal dunia pada Ahad selepas menghidap penyakit, namun tidak berkaitan dengan COVID-19.
Memetik laporan BBC, anaknya, Yvette Marbeck memberitahu bahawa Marsden dimasukkan ke hospital selepas mengalami jangkitan darah serius.
“Kata-kata Gerry akan bersama kami selama-lamanya,” kata akaun rasmi Liverpool menerusi Twitter.
Gerry and the Pacemakers antara kugiran paling popular dari era Merseybeat di Liverpool, selain The Beatles.
Paul McCartney menggambarkan kumpulan itu sebagai saingan terbesar The Beatles di Merseyside pada zaman itu.
“Saya akan sentiasa mengingati anda dengan senyuman,” kata Sir Paul dalam penghormatannya kepada Marsden melalui Twitter.
Marsden pernah menerima anugerah Member of the Order of the British Empire (MBE) pada 2003 atas sumbangannya dalam membantu mangsa tragedi Hillsborough.
#Liverpool
#meninggal dunia
#bola sepak
#You'll Never Walk Alone
#Gerry Marsden
#Gerry and the Pacemakers
#Merseyside
#The Beatles
#EPL