Pemergian Yus Jambu, rakan artis kongsi kesedihan

Madiha Abdullah
November 30, 2015 04:24 MYT
Yus meninggal dunia pada usia 39 tahun akibat sesak nafas.
Dunia hiburan tanah air hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan pelawak, Yus Jambu. Yus, 39 tahun, meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam akibat sesak nafas.
Peminat dan rakan artis membanjiri laman sosial untuk mengucapkan takziah atas pemergian Yus yang disifatkan sebagai artis serba boleh itu. Rakan artis terutamanya, sebak dan terkejut dengan berita tersebut.
Selain berkongsi kesedihan, mereka turut berkongsi cerita dan pengalaman dan kenangan bersama Yus, selain kiriman doa sebagai mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham.
MESTI BACA: Belasungkawa: 10 perkara tentang Yus Jambu

salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo pakyuih @yus_jambu telah kembali kehttps://t.co/BokhnQ9bxr

— @taukejambu (@taukerajalawak) November 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Alfatihah kepada sahabat kami pak yus jambu..allah tempat kan nya bersama orang2 beriman.. Amin

— Nabil Ahmad (@NabilAhmad83) November 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Takziah buat keluarga Yus Jambu. semoga roh beliau ditempatkan bersama sama orang yg beriman. https://t.co/hiGAvCG7yU

— Hujanband (@hujanband) November 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Jambu #pelawak #Raja Lawak #Yus Jambu