Pemergian Noreen Noor mengejutkan rakan artis

Astro Awani
Oktober 22, 2013 22:53 MYT
Jenazah pelakon terkenal Noreen Noor selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulai, Serkam, Melaka pada pukul 1.40 tengah hari tadi.
Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Ar-Rahman Kampung Pulai selepas solat Zohor.
Pelakon dan penyanyi terkenal itu meninggal dunia pada pukul 5.50 pagi tadi di Hospital Ampang Puteri, Selangor.
Berusia 54 tahun, Allahyarhamah meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.
Allahyarhamah meninggalkan dua orang anak, seorang perempuan dan seorang lelaki.
Antara lagu popularnya adalah Siang Terbayang Malam Merindu.
Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak dan filem pertama lakonannya, Talak diterbitkan pada tahun 1980.
Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.

walaupun arwah tiada ikatan darah daging dgn saya, namun arwah tetap menjadi bintang pujaan hati. al-fatihah noreen noor

— ADIBAH NOOR (@adibahnoor) October 22, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Salam takziah buat keluarga Noreen Noor yang telah kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi. Allahumaghfirlaha warhamha wa'afihi wa'fuanha.

— *Shamril Salleh* (@ShamKamikaze) October 22, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Slm,ALFATIHAH,Insan Seni Noreen Noor tlh kemba li ke Rahmatullah pg tdi,semoga rohnya dicucuri rahmat& d'tmptkan dlm kalangan org yg b'iman

— Liza Abdullah (@Lizza_Abdullah) October 22, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Al-Fatihah buat Noreen Noor.Sekali lagi, peringatan tentang mati.

— Catriona Ross (@Catriona_Ross) October 22, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Takziah buat keluarga Kak Noreen Noor atas pemergian arwah. AlFatihah

— Sofia Azman (@MemHanyut) October 22, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

AlFatihah RT @NowaNawi: RT "@501Awani: Pelakon popular 80an, Noreen Noor meninggal dunia http://t.co/oiqnxKvBVb"

— Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawiHM) October 22, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#meninggal dunia #Noreen Noor #pelakon #penyanyi