Pemenang MTV Movie Awards 2013

Astro Awani
April 15, 2013 05:53 MYT
MTV Movie Awards 2013 berlangsung Ahad dengan dihoskan oleh pelakon berbakat Rebel Wilson,
Persembahan lelaki dan wanita terbaik kedua-duanya dimenangi oleh pelakon dalam filem Silver Linings Playbook, iaitu Bradley Cooper dan Jennifer Lawrence.
Bagi watak adiwira terbaik dimenangi oleh Bilbo Baggins menerusi filem The Hobbit: An Unexpected Journey mengalahkan Snow White, Iron Man, Batman, Catwoman dan Hulk.
Manakala bagi watak jahat terbaik dimenangi oleh Tom Hiddleston, yang melakonkan watak Loki dalam The Avengers.
Aksi pertarungan terbaik pula dimenangi oleh Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson dan Jeremy Renner menentang Tom Hiddleston dalam The Avengers.
Pemenang bagi adegan mengejutkan pula dirangkul oleh Jamie Foxx dan Samuel L. Jackson bagi filem Django Unchained.
Untuk detik mencemaskan pula dirangkul oleh Suraj Sharma dalam Life of Pi.
Pitch Perfect yang merupakan filem komedi muzikal merangkul dua anugerah, iaitu persembahan bakat baru terbaik yang dimenangi oleh Rebel Wilson dan babak muzikal terbaik oleh Anna Kendrick, Rebel Wilson, Anna Camp, Brittany Snow, Alexis Knapp, Ester Dean dan Hana Mae Lee.
Gandingan layar terbaik pula dimenangi oleh pelakon filem komedi Ted, Mark Wahlberg dan Seth MacFarlane.
Terdapat tiga anugerah khas untuk menghargai pelakon, anugerah generasi diberikan kepada Jamie Foxx, anugerah genius komedi diberikan kepada Will Ferrell dan anugerah perintis kepada Emma Watson.
Filem yang merangkul filem terbaik pula berjaya dirangkul oleh filem animasi yang diadaptasi dari komik Marvel, The Avengers, di bawah arahan Joss Whedon.
#Anugerah MTV 2013 #filem #pemenang