Penerbit dan studio filem terkemuka Twentieth Century Fox dari Amerika Syarikat telah memulakan kerja-kerja pembinaan taman tema pertamanya di Malaysia yang bakal menumpukan permainan bercirikan tarikan kanak-kanak dan bertemakan filem blockbuster seperti Ice Age dan Night At the Museum.
Turut diedarkan beberapa imej "gambaran artis" taman tema itu nanti.
Taman tema yang dinamakan Twentieth Century Fox World itu akan di bina di Genting Highlands, Pahang dan meliputi keluasan 25 ekar serta mempunyai 25 permainan berdasarkan filem-filem yang mendapat sambutan seperti Rio, Alien vs Predator dan Planet of the Apes.
Taman tema ini merupakan salah satu langkah strategik studio itu dalam menarik pengunjung luar negara terutamanya dari China dan Asia Tenggara.
"Pembinaan destinasi hiburan bertaraf dunia ini adalah satu langkah dalam strategi global taman tema Fox selain untuk meluaskan jenama dan melibatkan diri bersama orang ramai dengan cara baru dan menarik, " kata jurucakapnya, Greg Lombardo.
Pengumuman mengenai taman tema ini dibuat pada musim panas yang lalu.
Pembinaannya memakan belanja sebanyak $300 juta dan dibangunkan oleh syarikat Genting Malaysia.
Ia dijangka siap pada 2015 nanti dan dibuka untuk orang ramai pada tahun 2016.
Sementara itu agak menghampakan apabila beberapa filem popular studio itu seperti "X-Men" dan "Avatar" tidak tersenarai dalam rancangan pembinaan permainan di taman tema itu.
Menurut majalah filem Variety, ini kerana hak atau lesennya telah diberikan kepada taman tema lain.
Tema "Avatar" misalnya sedang dibina di Taman Tema Walt Disney World Resort di Florida, Amerika Syarikat dan dijangka dibuka pada 2017.
Agensi
Mon Dec 23 2013

Gambaran Taman Tema Twentieth Century Fox World - Foto Twentieth Century Fox Consumer Products and Resorts World Genting
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Astro belanja akses percuma kepada semua saluran filem
Tempoh akses percuma selama dua minggu bermula jam 6 pagi 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Saham Genting jatuh 15 peratus akibat pembatalan kontrak Taman Tema Disney, Fox
Saham Genting jatuh 53 sen, atau 15 peratus ke RM3.01 sehingga jam 2 petang tadi. Saham jatuh akibat pembatalan kontrak dengan Disney / Fox