Pembatalan konsert Adele: Peminat tidak dapat bayaran balik tiket kapal terbang, hotel
Syafique Shuib
Julai 2, 2017 11:12 MYT
Julai 2, 2017 11:12 MYT
Peminat Adele dari luar negara atau luar bandar kecewa kerana telah berbelanja kos perjalanan dan penginapan untuk ke London.
DENGAN pembatalan dua konsert terakhir Adele di London, peminat-peminat tegar menyuarakan kekecewaan mereka selepas berbelanja besar untuk kos perjalanan dan penginapan.
Dalam satu kenyataan, Adele memberitahu bahawa jika persembahan di Stadium Wembley yang dibatalkan itu tidak dijadualkan semula, peminat boleh menuntut bayaran balik.
Namun, peminat penyanyi Hello itu tertanya-tanya jika pihak hotel, penerbangan, kereta api atau bas ekspres boleh memberi bayaran balik.
Mereka marah dengan syarikat yang tidak dapat menawarkan pembatalan atau pembayaran balik.
Kata mereka, walaupun Adele tidak boleh menyanyi untuk mereka boleh menyanyi untuk Adele.
Video yang dimuat naik di Twitter disertakan hashtag #SingForAdele.
Adele telah membatalkan dua persembahan terakhir dalam siri konsert jelajahnya di Stadium Wembley berikutan masalah vokal.
Adele, 29 tahun, telah berjumpa doktor pada Jumaat dan dinasihatkan agar tidak meneruskan persembahan.