Pemain dram Chicago Blues, Sam Lay meninggal dunia

Astro Awani
Februari 1, 2022 10:00 MYT
Beliau memulakan kariernya sebagai pemuzik secara profesional di Cleveland sekitar tahun 1950an. - Foto REUTERS
CHICAGO: Pemain dram dan penyanyi utama kumpulan Chicago Blues, Sam Lay meninggal dunia pada usia 86 tahun akibat sakit tua.
Menurut kenyataan oleh Alligator Records pada Isnin, Lay meninggal dunia di pusat jagaan warga emas di Chicago pada Sabtu.
Lay terkenal sebagai pemain dram dalam lagu Muddy Waters dan Howlin' Wolf yang dinyanyikan oleh Bob Dylan.
Mendiang dimasukkan dalam senarai Rock & Roll Hall of Fame pada 2015 ketika menjadi ahli kumpulan Paul Butterfield Blues Band.
Beliau memulakan kariernya sebagai pemuzik secara profesional di Cleveland sekitar tahun 1950an.
Lay meninggalkan seorang anak perempuan, Debbie, empat cucu serta tiga cicit.
#Sam Lay #pemain dram #Chicago Blues #Bob Dylan
;