Pelukis komik Mat Despatch, Lengkuas meninggal dunia

Azyyati Ahmad
Ogos 11, 2017 06:09 MYT
Allahyarham adalah kartunis utama bagi majalah Ujang yang popular sekitar tahun 90an dan sangat terkenal dengan komik Mat Despatch.
Kartunis Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Saleh, 53 meninggal dunia pagi tadi di Hospital Selayang dipercayai akibat kompilasi darah tinggi dan buah pinggang.
Berita itu turut dikongsi oleh kartunis Ujang atau Ibrahim Ujang di akaun Facebooknya.
Lengkuas adalah kartunis utama bagi majalah Ujang yang popular sekitar tahun 90an dan sangat terkenal dengan komik Mat Despatch.
Allahyarham berpengalaman berkarya lebih 30 tahun.
#Kartunis Lengkuas #Mat Despatch #Zainuddin Saleh