Pelawak veteran Pie meninggal dunia
Astro Awani
Ogos 11, 2016 22:33 MYT
Ogos 11, 2016 22:33 MYT
Pelawak veteran Pie atau nama sebenar Shafiee Jaafar, 85 tahun, meninggal dunia kerana sakit tua pada pukul 9 malam tadi.
Allahyarham Pie menghembuskan nafas akhir di kediaman anaknya di Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Berita mengenai kematian beliau disahkan rakan karibnya, Omar M Hashim atau Omara.
Omara berkata dia dimaklumkan mengenai berita kematian Allahyarham Pie daripada anak arwah sendiri menerusi panggilan telefon.
Pada Ogos tahun lalu, Pie dirawat di Hospital Kepala Batas akibat kesejukan melampau dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Antara filem lakonan Allahyarham ialah Anak Mami, Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Nana Tanjung.