Pelawak dan penyanyi popular bergabung dalam #JuaraParodi

Gempak
November 3, 2015 16:50 MYT
Peserta diperlukan untuk melakar lirik-lirik kreatif secara bersahaja, dengan berlatarkangkan lagu asal yang ditukar genre muziknya dan dipersembahkan secara langsung menerusi tema istimewa yang diberikan pada setiap minggu. - Gambar Astro GEMPAK

PENYANYI terkemuka seperti Awie, Misha Omar, Mark Adam, Tomok, Black, Sam Bunkface, Mawi, Firman, Zahid dan Waris bakal bergandingan dengan pelawak terkenal seperti kumpulan Shiro, Jambu, Rahim R2, Abam dan Fad Bocey, Achey, Joey dan Shuk, Zulin Aziz dan Sherry Alhadad, Azlee Jaafar dan Lan Pet Pet, Shuib Sepahtu dan Zero dalam sebuah program terbaru yang berjudul #JuaraParodi.

#JuaraParodi merupakan sebuah rancangan realiti komedi muzik yang akan menyaksikan gabungan hebat artis-artis terkemuka tanah air dipertemukan dengan pelawak-pelawak terkenal tempatan untuk melaksanakan aksi parodi di atas pentas utama yang mana tiga elemen penting akan diserapkan menjadi format utama rancangan.

Peserta diperlukan untuk melakar lirik-lirik kreatif secara bersahaja, dengan berlatarkangkan lagu asal yang ditukar genre muziknya dan dipersembahkan secara langsung menerusi tema istimewa yang diberikan pada setiap minggu.

Diteraju oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara, Zainal Abidin dan Afdlin Shauki akan bertindak selaku juri tetap. #JuaraParodi akan mula bersiaran secara langsung di Royal Theater, Shah Alam pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.

Layari www.juaraparodi.com.my untuk informasi lanjut mengenai #JuaraParodi.

Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial. #JuaraParodi disokong oleh Digi. Isi semula dengan Digi Smart Prepaid™ atau Digi Best Prepaid terbaru untuk menikmati 1.2GB Internet dan RM12 kredit IDD percuma sebulan dengan rangkaian 4G LTE terluas.

##JuaraParodi #Afdlin Shauki #komedi #Misha Omar #Sam Bunkface #Tomok #Zainal Abidin
;