Pelanggan datang ke gerai tiba-tiba makan 'free', Pak Azad 3 Pagi ERA belanja makan! Apa cerita?
Astro Awani
September 20, 2024 18:31 MYT
September 20, 2024 18:31 MYT
KUALA LUMPUR: Pengacara 3 Pagi ERA, Azad Jasmin atau lebih mesra disapa dengan panggilan 'Pak Azad' hari ini membuat kejutan apabila membelanja makan semua pelanggan di beberapa gerai di Lembah Kelang.
Warganet atau 'netizen' rata-rata memuji tindakan Azad dan pasukan 3 Pagi Era yang secara tiba-tiba hari ini memilih untuk bersedekah dan 'berkenduri' di gerai berkenaan.
Azad sebelum itu ketika bersiaran di radio Era mengumumkan niatnya untuk membelanja makan sebagai manifesto selebriti dan pengacara terkenal yang tidak tercalon dalam mana-mana anugerah.
"Hari ini aku nak umum manifesto.
"Walau pun tidak pernah tercalon, sempena hari Jumaat, hari ini juga aku nak belanja makan!" kata Azad yang memecah keheningan pagi para pendengar 3 Pagi Era.
Video ketika berada di kedai makan nyata menarik perhatian apabila Azad yang terkenal dengan gurauan dan berseleroh dengan loghat utara itu membuat pengumuman bahawa semua pelanggan yang berada di kedai makan secara percuma.
“Tambah…tambah semua!"
“Hari ini makan saya belanja tau, resit semua dah ada di sana, ‘don’t worry’, bagi perut kenyang sahaja,” kata Azad kepada pelanggan yang sedang menikmati juadah makan tengahari.
Pengacara dan selebriti yang tidak tercalon dalam mana-mana anugerah itu adalah salah seorang daripada 'trio prolifik' radio nombor satu Malaysia bersama Nabil Ahmad dan Radin bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, 6 pagi hingga 10 pagi.